Thursday 29 January 2009

2 jam bersama sifoo chip


Malam semalam saya berkesempatan berguru dengan rakan seperjuangan dalam hobi fotografi iaitu chipster. Beliau telah berkongsi ilmu mengajar saya 'editing' ala-ala 'oldies' dan penggunaan texture. Sebelum ini, saya asyik melihat gambar-gambar orang lain, bila sudah ada pengetahuan dengan cara ini dapatlah ilmu ini dipertingkatkan lagi. Sesungguhnya saya ini masih lagi sedang belajar selok belok fotografi ini. Terima kasih kepada chipster atas ilmu yang diperturunkan.

Tuesday 27 January 2009

aku panggil cekcibo!

Masa aku masih kecil dahulu, inilah hobi aku mengejar pepatung ataupun nama panggilan saintifik kampung aku ialah cekcibo. Mungkin dari kata nama lainnya ialah sibur-sibur. Masa cuti Tahun Baru Cina, aku ambil kesempatan untuk merakamkan wajah-wajah teman bermain masa kecil dahulu. Kalau dahulu, ada macam-macam warna boleh dilihat, tetapi sekarang sudah kurang. Ini pun sudah kira bernasib baik masih belum pupus.

Wednesday 14 January 2009

Garisan gurisan hati



mati akal
langkah beragak
hati bengkak
puas ku selam
panas tidak
dingin pun tidak
sukar ku agak...
panji syaitan berarak
suara halus membisik
hampir tergerak
hati ni bersemarak
argghhh....iblis
perlahan dan semakin kurang perlahan
suara azan bergema
tiada lagi suara bisikan halus
hatiku kembali tulus
tiada lagi garisan gurisan hati
hanya garis halus yang lurus.

Monday 12 January 2009

Berhijrah


Salam Hormat dan Salam Sejahtera,
Maka dengan ini secara rasminya saya tidak lagi menggunakan fotopages sebagai wadah rasmi dalam memaparkan koleksi fotografi saya. Boikot! bukan setakat mengikut tetapi salah satu cara membantu dalam memerangi kezaliman pihak zionis terhadap umat Islam Palestin. Dunia masa kini digemparkan dengan kezaliman pihak rejim zionis terhadap penduduk Gaza. Bukan setakat dunia Islam sahaja yang membantah malahan terdapat juga orang bukan Islam yang bersatu hati membantah kezaliman terhadap rakyat Gaza. Sama-samalah kita bermohon supaya kekejaman itu dihentikan segera dan semoga tentera Yahudi Israel akan ditimpa bala juga buat sekutunya. Aminnn...

Wednesday 7 January 2009

Ratahan Bangsa Dajal

kerakusan bangsa dajal
zalim menghentak bumi palestin
anak kecil terguling rebah
tubuh tercalar dipalit darah..

bukan lagi bertopeng syaitan
bukan lagi manusia
bukan lagi binatang
itulah bangsa dajal
bertaburan jasad-jasad
berhamburan darah-darah
bergelimpangan tubuh-tubuh
mangsa nafsu bangsa dajal
perjuangan palestin belum terhenti
masih berjuang tanpa penat
biar mati satu persatu
menyerah tidak ianya pasti

Allahuakbar!
Allahuakbar!
Laknatlah bangsa dajal!

Monday 5 January 2009

Pekat bukan Kelat


dekat biar melekat
rapat bukan mengelat
cepat bukan tepat
ikat biar ketat
sukat sampai tepat
sekat bukan ralat
singkat bukan cacat

pikat biar dapat
pukat sampai rapat
pakat pakai kudrat
sendat sampai urat
silat sampai penat
hasrat sampai cepat

kerimasan dikala diselubungi kegelapan, buat sahabat yang dilanda masalah...carilah ketenangan, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya!...

Sunday 4 January 2009

Kapturasi terakhir dari lensaku

Malam terakhir sebelum kamera aku menemui jalan buntu. Tarikh pertama dalam kalendar masihi 2009 memalitkan berjuta kekalutan. Beberapa saat selepas tanggal 1 jan 2009 disambut, aku berada dalam kekalutan yang amat sangat kerana aku dikejutkan dengan masalah senjata utamaku. Kamera 400D aku telah dimasuki oleh debu-debuan dari mana ntah datangnya. Hanya dalam beberapa jam sahaja lagi aku mempunyai tugas besar untuk mengambil gambar pasangan pengantin. Dalam kekalutan itu aku berikhtiar sepenuh tenaga kudrat fikiran ku. Akhirnya muncul sang arjuna membantu aku. Terima kasih seadanya dari aku buat sang Arjuna yang banyak membantu aku dari awal perkenalan sehingga ke hari ini. Budimu kusanjung tinggi. Gambar diatas adalah antara gambar terakhir sebelum kamera lensaku menemui jalan buntu.