Wednesday 10 December 2008

Manipulasi Bidikan Rakus



















Sasaran penuh diruang lensa,
Kawalan jemari mensasar bidikan,
Telunjuk sedia menggetar punat,
Serakus sesaat bidikan tepat.

Manipulasi karya seni,
Bidikan laju dari peluru,
Rakus mengacah sasaran.

Manipulasi karya seni,
Bidikan tanpa peluru,
Rakus mencari mangsa.

Manipulasi..ilustrasi seni,
Bidikan..sasaran modenisasi,
Rakus mencipta seni kontemporari.

Karya seni dimanipulasi,
Bidikan menguntum jutaan,
Manusia rakus mencari untung.

Entah kemana insan yang dimanipulasi,
Seperti terlena dek bidikan modenisasi,
Rakuslah kamu berkarya lagi,
Kembalikan semula karya agung seni.

(Buat pengkarya tulen yang masih mencintai seni)

Tuesday 9 December 2008

Lupa yang lama ganti yang baru!



Dulu aku ada blog,
Aku lupa password...arghhh,
Sebab itu aku bikin yang baru..
Harap-harap takde lagi dah yang lebih baru..

Suatu ketika dahulu diwaktu masa lapang melebihi masa sibuk aku sering berkarya..
Sekarang masa sibuk memonopoli 24 jam hari aku..
Aku mengenali seni sejak aku diajar melukis, menyanyi, membaca dan berkarya..
Karya yang tidak mengharapkan sebarang teguran kerana ia adalah hak tersendiri dalam mencapai kepuasan aku..
Aku benci dengan orang yang acapkali mengkritik hasil seni orang lain, kebebasan berkarya adalah hak milik individu, berhenti dari mengkritik..
Kritikan hanya satu medium mempersendakan usaha bukan sebagai pemberi semangat..Bohong jika kritikan dianggap sebagai pembaik pulih hasil karya..Seni adalah universal, mustahil berlaku jika setiap konsep dan teknik penghasilan karya seni dapat dikompilasikan dalam satu kitab..
Pengkaryaan adalah gabungan ilmu, pengetahuan, minat dan bakat..Kita sering tertipu dengan pengkritik yang sering mempersendakan karya-karya terutamanya dari insan seni yang baru menapak..Cubalah pengkritik ini diminta mengkritik hasil seni pengkarya ulung dan agung pastinya terjemahan kritikan adalah semanis madu walaupun hasil karya tersebut bak pinggan sumbing..aku bukan benci pengkritik tapi aku bosan dengan insan yang tidak tahu menghargai hasil seni insan lain..
Teknik pengkaryaan dalam bidang seni tidak hanya termaktub di dalam kitab seni, malahan teknik boleh dieksperimentasi melalui pembelajaran kendiri dan pengalaman individu dalam menghasilkan karya..Adalah lebih baik pengkritik itu memahami bahawa bukan semua teknik itu telah digenggaminya kerana ilmu seni itu adalah lebih luas dari ruang letak otaknya..Kenapa tidak ditutup sahaja mulut sekiranya tidak berpuas hati atau sekurang-kurangnya berikan semangat dan ruang kepada seniman baru agar meraka merasakan mujud ruang dalam industri penghasilan karya seni..
Aku bukan mengkritik pengkritik, tetapi aku sekadar membela nasib insan yang baru menapak dalam bidang seni..karya itu seni, dan seni itu budaya - pengkritik itu buta, membutakan karya itu budaya pengkritik..
Entri ini ditujukan kepada pengkritik seni