Sunday, 4 January 2009

Kapturasi terakhir dari lensaku

Malam terakhir sebelum kamera aku menemui jalan buntu. Tarikh pertama dalam kalendar masihi 2009 memalitkan berjuta kekalutan. Beberapa saat selepas tanggal 1 jan 2009 disambut, aku berada dalam kekalutan yang amat sangat kerana aku dikejutkan dengan masalah senjata utamaku. Kamera 400D aku telah dimasuki oleh debu-debuan dari mana ntah datangnya. Hanya dalam beberapa jam sahaja lagi aku mempunyai tugas besar untuk mengambil gambar pasangan pengantin. Dalam kekalutan itu aku berikhtiar sepenuh tenaga kudrat fikiran ku. Akhirnya muncul sang arjuna membantu aku. Terima kasih seadanya dari aku buat sang Arjuna yang banyak membantu aku dari awal perkenalan sehingga ke hari ini. Budimu kusanjung tinggi. Gambar diatas adalah antara gambar terakhir sebelum kamera lensaku menemui jalan buntu.

4 comments:

Ieda J said...

Dah tuh...dah bawak p jumpa dokto blom kamera tuh?? huhuhu...

Jilie Baharin said...

huuuuhuuu...
jumpa doktor ke bomoh ke sama gak la...nk kna carik yg baru,kna kumpul duit dlu la..

Ieda J said...

alamak...kire kene penyakit yg xde obat la nih..sabo j la...tkpe...kompol duit dulu..kang dh cukup..rembat!!!

LeannY said...

happy new year to u too...btw some more fireworks pics pls..he he..ada ka?share la