Tuesday, 28 April 2009

My first short film..."cintaku..cintamu dan tembikai laici"


Salam hormat,
Hampir 2 bulan kesibukan dengan tugasan harian membuatkan saya langsung tidak menulis dalam blog ini. Kesibukan kehidupan seharian dengan rutin semakin membimbangkan diri dan keluarga saya. Ditambah lagi dengan idea yang semakin mencurah-curah menambahkan lagi kesibukan tersebut dalam penghasilan karya-karya seni.
Dengan idea dan keyakinan ditambah dengan sokongan rakan-rakan sepermainan, maka dengan ini saya mencuba nasib dalam penghasilan karya berkonsepkan filem pendek. Ini adalah satu cubaan berani dan sekadar satu kajian tentang penghasilan karya seni bercirikan perfileman. Dibantu dengan rakan-rakan yang begitu bersemangat dengan idea ini, saya berasa begitu semangat untuk menghasilkan filem pendek ini.
Pada masa akan datang saya akan memaparkan serba sedikit penceritaan penghasilan karya ini. Semoga kerja ini dirahmati dan diberikan kemudahan oleh Allah S.W.T sepanjang proses penghasilan ini dijalankan...kepada rakan-rakan yang membantu siang dan malam terima kasih banyak-banyak...

1 comment:

Jake's Daughter said...

Kalau x dapat watak 'cintaku' atau 'cintamu'...dapat watak 'tembikai laici' pon ok apa....Muahahaha...Anyway..U rock my frenzzz....