Monday, 29 June 2009

haru biru pekat

Banyak sangat benda-benda yang berat jadi kat aku 2 bulan ni. Macam-macam benda yang aku tak pernah terfikir boleh jadi kat aku. Macam tulah ujian Tuhan pada manusia. Padahalnya, aku ni jenis orang yang agak hati-hati dalam buat apa-apa pun, tapi dalam selalu hati-hati ni lah yang nak kena..apa nak buat?? dah nasib badan!
So hari ni aku nak buat sikit kelainan dalam blog aku, aku nak postkan 7 peristiwa dan situasi hitam yang aku alami sepanjang 6 bulan pertama tahun ni.....

7. kamera canon 400d rosak - masa buat outdoor shooting wedding kotai kat putrajaya bulan januari ,sampai pukul 3 pagi merayau kat puchong cari kamera utk pinjam, nasib baik ada member tolong bagi pinjam (kredit utk arjuna & Harry) dptlah habiskan job guna kamera pinjam. Satu pengajaran pada aku utk ada simpan kamera spare bila buat job jauh2..
6. gaduh dgn best friend - ini lah situasi yg paling aku tak suka, tp jadi jugak..apa nak buat! maybe ada sikit salah faham dan rasa tak puas hati sampai 2-3 minggu aku tak tegur member aku ni..tapi sekarang dah OK, aku dah tak nak gaduh dengan best friend aku dah, aku pun ada buat salah jugak.
5. kena pukau, orang pecah masuk bilik hotel - saat-saat genting sepanjang hidup aku..mmg rasa macam nak menjerit, maki hamun...kamera 400d, lens 70-300, lens 50mm, kit lens, notebook, external hard disk & rayban kesayangan aku kna curi kat bilik hotel *******, bebanan otak betul kalau nak ingat balik barang-barang yang hilang tu.. sampai sekarang kes tak setel lagi. Pada customer2 aku, mintak maaf aku bukan sengaja! semua gambar2 dlm hard disk tu, cd2 backup pun dlm beg notebook aku!
4. kena suruh resign jadi warden - aku pun tak tau la nape ramai sgt org yang suka dengki-mendengki ni dalam dunia..aku hidup tak ganggu orang pun, tp kenapa org suka kacau hidup aku??? kepada pihak pengurusan, jgnlah suka dengar cakap kaki kipas, korang jgk yg rugi! sian kat budak2 aku!
3. dapat surat saman ekor - yang ini mmg tiap2 tahun mesti dapat punya...hahahaha, aku tak ingat la time mana aku kantoi speedtrap tu..kepada Ketua Polis Negara, nanti ada duit aku bayo la!
2. keta calar-balar - mmg malaun betul la budak yang parking sebelah keta aku tu...apsal la ko jatuhkan motor ko??? tp aku respek jgklah sbb ko mengaku! nanti aku dh ready kita pegi repair pastu ko bayar lah ye??? tp lg elok ko tukar je pintu keta aku tu yg baru!
1. pindah-randah - bila aku dh resign je jd warden, dengan segala hormatnya aku pun dihalau keluar dari rumah warden..mampos la aku mengangkat brg2...nasib baik la ada sedara mara ngan anak-anak buah aku yang baik2..claim pun x dapat beb! so dgn secara tidak formalnya, aku akan memohon utk ditukar tempat kerja sbbnya tempat kerja aku skrg ni lebih suka staf2 yang kaki kipas, kaki ponteng, kaki kebas harta kerajaan, kaki ngumpat, kaki meja, kaki bangku...tapi bukan KakiLensa tau!

Itu la sikit-sebanyak perkara2 yang dh terjadi kat aku sepanjang 6 bulan ni, aku rasa mesti masa aku dpt pergi sydney tahun lepas ramai yang maki hamun kat aku...tu yg dpt byk sial ni..tp apa plak, mmg aku layak pun dpt pegi sana, yg x dpt tu jgn la jeles..lbh baik korang buat paperwork yg gempak dari bawak mulut dgn jadi tukang kipas!

Macam manapun aku syukur pada Allah sbb kesihatan aku baik je sepanjang tahun ni..Alhamdulillah...Tp sbbkan bz skit, ada byk benda yg kna postpone, shortfilm dgn band project! insyaAllah shortfilm akan sambung shooting bulan depan, band project lepas raya ye..

3 comments:

Jake's Daughter said...

Setiap yang terjadi tuh ada hikmahnya...Insyaallah...

LannY LennY LeannY said...

betul betul tu...setiap yang berlaku adalah yang telah di rancang ALLAH SWT...yang maha mengetahui.....ada something yang kita tak atau belum nampak kenapa benda benda sebegini berlaku dalam perjalanan hidup kita...sabar dengan segala dugaan....InsyaAllah.....

aku memang geram ngan kaki kipas..keje tak buat tapi kipas je yang lebih...lagi geram kalau boss dengar aje....mcm tak de pala otak nak balance kan dia punya perilaku....


sabor sabor....

wish u all the best .....

IdzaRis79 said...

takper,jilie..


itukan ujian...