Sunday, 5 June 2011

esok kau pasti menoleh..

"dahulu kita ibarat seperti perahu kecil, sama2 mudik belayar seiring..kini kau nakhoda besar jauh belayar bersama kapal besar meninggalkan aku dibelakang..ingatlah dihadapan tatkala kapal mu pecah perahu kecil inilah yg bakal membantumu..(JilieBaharin 2011)"

Kawan baharu kawan lama, kawan berguru kawan bersama, kawan cemburu kawan tak lama, kawan yang satu kawan selalu..

Habis madu sepah dibuang?? pepatah yg selalu dikaitkan dengan perkahwinan, percintaan dan perhubungan..kebiasaannya hubungan antara berlawanan jantina. Erti pepatah ini sebenarnya tidak terbatas dengan hubungan percintaan antara lelaki dan wanita sahaja.

Antara lainnya, hubungan sesama rakan2 juga boleh diceritakan seperti "habis madu sepah dibuang". Contohnya, diwaktu kawan2 tengah banyak duit memang ramai yang rapat, kipas dan jilat, bila dah miskin selisih bahu pun buat macam tak pernah kenal. Waktu banyak duit memang manis semuanya, kaulah paling handsome, kaulah kawan aku paling sempoi, kaulah kawan aku paling up to date, kaulah segala2nya dalam hidupku..memang manis seperti madu lebah cap lebah tersenyum lebar..:)

Bukan senang nak pertahankan sesuatu hubungan tetapi sgt mudah untuk meleraikan ikatan..jadi waspadalah dgn tindakan & perlakuan supaya insan2 sekeliling yang selama ini membantu anda tidak terasa dipinggirkan. Ingatlah jasa2 orang yang selama ini menjadikan anda superhero, superstar, supermario mahupun super ring..

Setiap pertemuan pasti membuahkan persahabatan, tetapi bukan semua persahabatan akan berkekalan, mungkin kini persahabatan nampak manis dengan senyuman kelak nanti berakhir dengan tangisan..sedarlah dan ingatlah persahabatan yang baru tidak juga menjanjikan ketelusan seperti persahabatan lampau yang pernah dijalinkan.

Renung dan perhatikan dengan halus, setiap manusia yang dikenali tidak sama hati budi, telitikan keperibadian dalaman dan bukan hanya pada luaran. Baca dan tilik sifat yang tidak berkekalan yang pasti akan berubah mengikut peredaran. Ingat dan simpan dalam hati dan fikiran betapa persahabatan yang pernah dijalinkan jangan mudah dilupakan.

"cerita ini ada kena mengena dengan insan yang masih hidup dan cerita ini bukan dogengan ataupun mitos, sekadar luahan hati dikala mengenang diri ini yang tidak merasa dihargai setelah kini insan itu seronok dengan populariti "



2 comments:

Ieda J said...

Itu biasa Jillie... Akak dah selalu kene... Tgh kita senang, memnag ramai yg dekat... Tapi bila kita susah??? Sedara pon kadang2 segan nak mengaku sedara...

Anonymous said...

美女直播 , 美女視頻 , 美女主播 , LIVE173影音視訊聊天室 , momo520 , 金瓶梅視訊聊天室 , MeMe104 , UThome聊天室 , UT視訊聊天 , 真人裸聊