Wednesday 13 April 2011

kawan,sahabat dan rakan: maksud sama istilah berbeza

Hari ni teman ingin nak mengistilahkan semula pengertian mengenai kawan, sahabat dan rakan. Kita mungkin faham bahawa maksud setiap satu daripadanya adalah sama. Tetapi teman sendiri merasakan yang kawan, sahabat dan rakan ini mempunyai istilah yang berbeza.

Sebelum teman bersoreh dengan lebih lanjut, mari kita merujuk dengan Kamus Dewan. Mengikut Kamus Dewan, setiap daripada perkataan ini adalah bersinonim dengan sahabat: rakan, teman, kenalan, handai, taulan, konco, pengikut, sekutu, penyokong, kumpulan, pasangan, kelompok, geng, komrad. Tiada maksud khas bagi setiap daripada perkataan-perkataan tersebut yang mana ianya diertikan sinonim dan membawa maksud yang hampir sama.

Kebiasaannya kita menggunakan perkataan kawan dan jarang sekali kita menggunakan perkataan rakan kecuali untuk digunakan dalam penghasilan karya-karya penulisan. Sahabat pula selalu diistilahkan kepada kawan-kawan yang rapat dan jauh lebih baik daripada kawan-kawan biasa.

Bagi teman sendiri, istilah untuk setiap dari perkataan ini adalah berbeza. Bagi teman, kawan ialah manusia yang teman kenali tetapi tidak mempunyai hubungan secara kekeluargaan ataupun hubungan kerja.

Sahabat pula teman istilahkan kepada mana-mana hamba Allah yang sangat rapat dan memahami diri teman luar dalam dan juga seseorang yang sentiasa bersedia menjadi peneman pada masa susah dan senang.

Rakan pula teman istilahkan sebagai orang yang dikenali atas sebab-sebab tertentu, contohnya rakan sekerja, rakan sehobi dan rakan maya. Bermakna hubungan yang bersifat sementara dan hanya wujud atas sesuatu perkara ataupun pekerjaan.

Istilah-istilah ini penting untuk diri teman sendiri, sebabnya teman dapat mengklasifikasikan jenis hubungan teman dengan mana-mana orang yang teman kenal. Bagi diri teman, bukan mudah untuk seseorang itu diletakkan dalam kategori kawan apatah lagi sahabat. Disebabkan teman merupakan insan yang setia dan jujur dalam setiap hubungan maka teman juga mengharapkan sesuatu yang sama dari setiap individu-indidvidu tersebut.

Senang untuk jadi rakan teman, tapi tak ramai yang boleh jadi kawan teman dan hanya sedikit yang akan jadi sahabat teman.

-Wassalam-