Tuesday 5 April 2011

Pilih pemimpin: ikut tuntutan, bukan ikut ikutan..

Teman hari ini nak mengupas sikit mengenai kepimpinan dan cara terbaik memilih pemimpin. Berikut adalah petikan dari Dato' Haron Din untuk kita mendapatkan kefahaman dalam memilih pemimpin untuk memimpin kita.

"Umat Islam berkewajipan memilih pemimpin mengikut tuntutan syarak yang berpandukan al-Quran dan Sunnah di samping pemerintah juga wajib mendapat restu rakyat dan salah satu contoh yang boleh dijadikan panduan ialah ketika Rasullullah mendirikan kerajaan Islam Madinah termasuk ketika melantik Abu Bakar menjadi khalifah selepas wafatnya Nabi Muhammad."

Terang dan jelas melalui petikan tersebut kaedah memilih pemimpin perlulah berlandaskan tuntutan syarak dimana Al-Quran dan Sunnah dijadikan panduan. Jadi tanpa perlu ada rasa sangsi dan alasan, mengapa kita sewenang-wenangnya mengenepikan kaedah ini dalam memilih pemimpin?. Adakah kita sedar bahawa acapkali kita mengenepikan tuntutan syarak untuk memilih pemimpin?

Ce kite nengok ape yg selalu kat kampung2 tu buat, contohnye bila pemilihan AJK JKKK..sape selalunya yg dipilih? ada tak deme tu ngikut tuntutan syarak? Ini situasi yg teman selalu nengok le kan kt kampung2 tu, ate apebile sampei mase berduyun2 le org kampung dtg mesyuarat, tak ketinggalan juge YB2 yg datang merasmikan mesyuarat. YB pun duk atas pentas, mulakan ucapan aluan betapa kita perlu ada pemimpin yang memahami masalah dan isu penduduk, maka pilihlah pengerusi JKKK dari puak kita..hehehehe

Banyok doh kite termakan sogokan dan kaedah pemilihan pemimpin yang tak tepat dan lari dari tuntutan syarak. Ce kome2 peratikan ciri2 pemimpin yang terbaik..yang mane dituntut oleh syarak:
"Maksud terbaik ialah bersih dan kuat imannya, lebih bertaqwa, lebih pandai hukum Islam dan lebih komited kepada agama Allah," kata Dato' Haron Din


Usohle kite ngenangkan yang dah berlaku, moh kite bukok buku baru, kita ikut kaedah melalui tuntutan syarak, kite pilih pemimpin dari kalangan orang yang betui2 buleh memimpin..jgn kita cemarkan institusi kita dengan manusia yang rakus dan jahil tetapi bertopengkan pemimpin yang dicintai rakyat.. "Pemerintah, pemimpin atau individu yang terdiri daripada pembodek-pembodek, perasuah, guna harta dan tercalar akhlak wajib ditentang dan ditolak sama sekali berpandukan syarak melalui ucapan Abu Bakar as-Siddiq itu," kata Dato' Haron Din lagi.

yang boleh memimpin tidak mahu dipilih sebagai pemimpin, yang tidak pandai memimpin sibuk ingin dipilih menjadi pemimpin..resam hidup masyarakat kita yg menjurus kepada pengurusan organisasi dan institusi masyarakat yang tak efektif..JilieBaharin 2011