Sunday, 5 June 2011

esok kau pasti menoleh..

"dahulu kita ibarat seperti perahu kecil, sama2 mudik belayar seiring..kini kau nakhoda besar jauh belayar bersama kapal besar meninggalkan aku dibelakang..ingatlah dihadapan tatkala kapal mu pecah perahu kecil inilah yg bakal membantumu..(JilieBaharin 2011)"

Kawan baharu kawan lama, kawan berguru kawan bersama, kawan cemburu kawan tak lama, kawan yang satu kawan selalu..

Habis madu sepah dibuang?? pepatah yg selalu dikaitkan dengan perkahwinan, percintaan dan perhubungan..kebiasaannya hubungan antara berlawanan jantina. Erti pepatah ini sebenarnya tidak terbatas dengan hubungan percintaan antara lelaki dan wanita sahaja.

Antara lainnya, hubungan sesama rakan2 juga boleh diceritakan seperti "habis madu sepah dibuang". Contohnya, diwaktu kawan2 tengah banyak duit memang ramai yang rapat, kipas dan jilat, bila dah miskin selisih bahu pun buat macam tak pernah kenal. Waktu banyak duit memang manis semuanya, kaulah paling handsome, kaulah kawan aku paling sempoi, kaulah kawan aku paling up to date, kaulah segala2nya dalam hidupku..memang manis seperti madu lebah cap lebah tersenyum lebar..:)

Bukan senang nak pertahankan sesuatu hubungan tetapi sgt mudah untuk meleraikan ikatan..jadi waspadalah dgn tindakan & perlakuan supaya insan2 sekeliling yang selama ini membantu anda tidak terasa dipinggirkan. Ingatlah jasa2 orang yang selama ini menjadikan anda superhero, superstar, supermario mahupun super ring..

Setiap pertemuan pasti membuahkan persahabatan, tetapi bukan semua persahabatan akan berkekalan, mungkin kini persahabatan nampak manis dengan senyuman kelak nanti berakhir dengan tangisan..sedarlah dan ingatlah persahabatan yang baru tidak juga menjanjikan ketelusan seperti persahabatan lampau yang pernah dijalinkan.

Renung dan perhatikan dengan halus, setiap manusia yang dikenali tidak sama hati budi, telitikan keperibadian dalaman dan bukan hanya pada luaran. Baca dan tilik sifat yang tidak berkekalan yang pasti akan berubah mengikut peredaran. Ingat dan simpan dalam hati dan fikiran betapa persahabatan yang pernah dijalinkan jangan mudah dilupakan.

"cerita ini ada kena mengena dengan insan yang masih hidup dan cerita ini bukan dogengan ataupun mitos, sekadar luahan hati dikala mengenang diri ini yang tidak merasa dihargai setelah kini insan itu seronok dengan populariti "



Wednesday, 13 April 2011

kawan,sahabat dan rakan: maksud sama istilah berbeza

Hari ni teman ingin nak mengistilahkan semula pengertian mengenai kawan, sahabat dan rakan. Kita mungkin faham bahawa maksud setiap satu daripadanya adalah sama. Tetapi teman sendiri merasakan yang kawan, sahabat dan rakan ini mempunyai istilah yang berbeza.

Sebelum teman bersoreh dengan lebih lanjut, mari kita merujuk dengan Kamus Dewan. Mengikut Kamus Dewan, setiap daripada perkataan ini adalah bersinonim dengan sahabat: rakan, teman, kenalan, handai, taulan, konco, pengikut, sekutu, penyokong, kumpulan, pasangan, kelompok, geng, komrad. Tiada maksud khas bagi setiap daripada perkataan-perkataan tersebut yang mana ianya diertikan sinonim dan membawa maksud yang hampir sama.

Kebiasaannya kita menggunakan perkataan kawan dan jarang sekali kita menggunakan perkataan rakan kecuali untuk digunakan dalam penghasilan karya-karya penulisan. Sahabat pula selalu diistilahkan kepada kawan-kawan yang rapat dan jauh lebih baik daripada kawan-kawan biasa.

Bagi teman sendiri, istilah untuk setiap dari perkataan ini adalah berbeza. Bagi teman, kawan ialah manusia yang teman kenali tetapi tidak mempunyai hubungan secara kekeluargaan ataupun hubungan kerja.

Sahabat pula teman istilahkan kepada mana-mana hamba Allah yang sangat rapat dan memahami diri teman luar dalam dan juga seseorang yang sentiasa bersedia menjadi peneman pada masa susah dan senang.

Rakan pula teman istilahkan sebagai orang yang dikenali atas sebab-sebab tertentu, contohnya rakan sekerja, rakan sehobi dan rakan maya. Bermakna hubungan yang bersifat sementara dan hanya wujud atas sesuatu perkara ataupun pekerjaan.

Istilah-istilah ini penting untuk diri teman sendiri, sebabnya teman dapat mengklasifikasikan jenis hubungan teman dengan mana-mana orang yang teman kenal. Bagi diri teman, bukan mudah untuk seseorang itu diletakkan dalam kategori kawan apatah lagi sahabat. Disebabkan teman merupakan insan yang setia dan jujur dalam setiap hubungan maka teman juga mengharapkan sesuatu yang sama dari setiap individu-indidvidu tersebut.

Senang untuk jadi rakan teman, tapi tak ramai yang boleh jadi kawan teman dan hanya sedikit yang akan jadi sahabat teman.

-Wassalam-

Tuesday, 5 April 2011

Pilih pemimpin: ikut tuntutan, bukan ikut ikutan..

Teman hari ini nak mengupas sikit mengenai kepimpinan dan cara terbaik memilih pemimpin. Berikut adalah petikan dari Dato' Haron Din untuk kita mendapatkan kefahaman dalam memilih pemimpin untuk memimpin kita.

"Umat Islam berkewajipan memilih pemimpin mengikut tuntutan syarak yang berpandukan al-Quran dan Sunnah di samping pemerintah juga wajib mendapat restu rakyat dan salah satu contoh yang boleh dijadikan panduan ialah ketika Rasullullah mendirikan kerajaan Islam Madinah termasuk ketika melantik Abu Bakar menjadi khalifah selepas wafatnya Nabi Muhammad."

Terang dan jelas melalui petikan tersebut kaedah memilih pemimpin perlulah berlandaskan tuntutan syarak dimana Al-Quran dan Sunnah dijadikan panduan. Jadi tanpa perlu ada rasa sangsi dan alasan, mengapa kita sewenang-wenangnya mengenepikan kaedah ini dalam memilih pemimpin?. Adakah kita sedar bahawa acapkali kita mengenepikan tuntutan syarak untuk memilih pemimpin?

Ce kite nengok ape yg selalu kat kampung2 tu buat, contohnye bila pemilihan AJK JKKK..sape selalunya yg dipilih? ada tak deme tu ngikut tuntutan syarak? Ini situasi yg teman selalu nengok le kan kt kampung2 tu, ate apebile sampei mase berduyun2 le org kampung dtg mesyuarat, tak ketinggalan juge YB2 yg datang merasmikan mesyuarat. YB pun duk atas pentas, mulakan ucapan aluan betapa kita perlu ada pemimpin yang memahami masalah dan isu penduduk, maka pilihlah pengerusi JKKK dari puak kita..hehehehe

Banyok doh kite termakan sogokan dan kaedah pemilihan pemimpin yang tak tepat dan lari dari tuntutan syarak. Ce kome2 peratikan ciri2 pemimpin yang terbaik..yang mane dituntut oleh syarak:
"Maksud terbaik ialah bersih dan kuat imannya, lebih bertaqwa, lebih pandai hukum Islam dan lebih komited kepada agama Allah," kata Dato' Haron Din


Usohle kite ngenangkan yang dah berlaku, moh kite bukok buku baru, kita ikut kaedah melalui tuntutan syarak, kite pilih pemimpin dari kalangan orang yang betui2 buleh memimpin..jgn kita cemarkan institusi kita dengan manusia yang rakus dan jahil tetapi bertopengkan pemimpin yang dicintai rakyat.. "Pemerintah, pemimpin atau individu yang terdiri daripada pembodek-pembodek, perasuah, guna harta dan tercalar akhlak wajib ditentang dan ditolak sama sekali berpandukan syarak melalui ucapan Abu Bakar as-Siddiq itu," kata Dato' Haron Din lagi.

yang boleh memimpin tidak mahu dipilih sebagai pemimpin, yang tidak pandai memimpin sibuk ingin dipilih menjadi pemimpin..resam hidup masyarakat kita yg menjurus kepada pengurusan organisasi dan institusi masyarakat yang tak efektif..JilieBaharin 2011





Monday, 4 April 2011

kembali dengan pena..susah cari makan tepi..



Udoh banyak tahun teman tak menulih, semuanye disebabkan lensa..hehehe
rasanya teman udah jumpa balik minat sebenor teman, lensa tu buleh dibuat hobi aje le..mane idoknye dulu ade le 2-3 kerat hamba2 Allah yang main ngan lensa, ate skrg mengkome nengok le udah berjuta gamoknye..mane buleh nok cari 'makan tepi' kalo doh rupe itu..
Mase teman berkecimpung dlm dunia foto 3 tahun dulu, mase itu mmg buleh cari makan tepi, paling kurang setahun ade le 7-8 job, skrg itu mne nok dpt rupe itu lg..kene pulok ngan customer yg bajet sesangat, kualiti nombor 2 katenye..hehehehe
Makanye dgn itu teman secara tak rasminya udoh kurang le dlm dunia fotografi ni bukan sbb mengaloh atau doh tak minat, tp sbb rasa malas nok bersaing dgn manusia2 yang menjadikan fotografi sebagai pentas cari makan tepi dgn cara yang kurang manis, pijak memijak, banding membanding, kutuk mengutuk..dsbnye..
Tambahan pulok skrg dgn rege kamera muroh, dpt le bebudok skrg beli yang lg canggih2, ate mane teman nok ngikutnye, tok lalu le nok ngikut perubahan, asyik2 tukor..kengkawan sealiran pun udoh pulok pakei yg canggih manggih punye, hohohoho tumpo teman wehhh!
Maka lepah ini teman akan jadikan fotografi ni sebagai hobi dan mana2 ilmu yg teman ada tu cukup je teman gunakan utk ngajor student2 maktab yg masuk kelas teman..
Walau mcm mana sekalipun teman bersyukur kerana sekurang2nya teman peronah ada pengalaman bekoje cara lain yg buleh bagi tambah rezeki walaupun tak dapat bertahan lama..kepada member2 yg masih tekun teruskan usaha anda, kepada yg dah memilih fotografi sbg sumber utama cari makan inshaAllah rezeki anda masih banyak..
Kepada kengkawan yg baru berjinak2 dalam bidang fotografi ni ada sikit pesanan dan nasihat free dari teman utk renungan. Yang pertama, fahami dulu apa itu seni fotografi dan dalami dulu ilmu dari buku2 dan guru2 yang bertauliah. Yang ke2, pastikan matlamat anda samaada sbg hobi, cari makan atau sekadar suka2. Yang ke3, jangan terlalu obses dengan sesuatu hasil orang kerana seni adalah eksplorasi. Jadikan mereka yg hebat2 itu sbg mentor inshaAllah anda akan menjejakinya..
Bagi teman sendiri fotografi itu adalah seni yang menggunakan teknologi (machine) sbg medium utk mencipta karya, tidak ada bezanya dengan pengkarya yg menggunakan berus cat utk menyiapkan karya melalui penilaian warna2 untuk digarapkan atas kanvas lukisan. Jika kita ada bakat maka karya itu unggul, jika kurang bakat masih boleh lagi diasah dan dilentur supaya akhirnya nanti karya itu adalah 'masterpiece'..
-wassalam-